Pages

Monday, May 31, 2010

Laman Gustilengan di WorldofArmwrestling.com


"Hiii... macam pernah tengok je laman web tu!" Apa-apa pun, ini adalah satu penghormatan besar kepada laman web Gustilengan.com (Portal Gusti Lengan Terunggul di Malaysia) khususnya, dan arena Gusti Lengan tanahair, amnya.


Terima kasih kepada World of Armwrestling kerana "mengiklankan" Gustilengan.com kepada masyarakat antarabangsa.

Kami percaya, dengan berkat usaha dan kegigihan, Sukan Gusti Lengan di Malaysia akan mencapai tahap yang membanggakan di pesada gusti lengan antarabangsa. Hanya masa yang akan buktikan.

Dan, kami bersedia untuk menjadikan impian itu sebagai realiti. Anda pula bagaimana?


Sunday, May 30, 2010

Pertandingan Gusti Lengan sempena Hari Belia Perak 2010
Tempat: Arena Square, Teluk Intan
Tarikh: 6 Jun 2010

Persatuan Sukan Lengan Malaysia (PSLM) akan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan sempen Hari Belia Negeri Perak 2010, di Arena Square, Teluk Intan, Perak.

Pertandingan ini adalah anjuran bersama PSLM, Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Pelancongan Perak Darul Ridzuan.

Dijangka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, akan hadir untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah butir-butir kejohanan tersebut:-

Tempat: Arena Square, Teluk Intan

Tarikh & Masa:
Ahad, 6 Jun 2010

Kategori:
1) Lelaki 75kg ke atas
2) Lelaki 65-76kg
3) Lelaki 65kg ke bawah

Hadiah:
Tempat Pertama: RM 300
Tempat Kedua: RM 200
Tempat Ketiga: RM 100
Tempat Keempat: RM 50

Pendaftaran:
Sila hubungi 05-3127718 untuk pendaftaran & maklumat lanjut
Tarikh tutup penyertaan adalah 4 Jun 2010

Friday, May 28, 2010

The MALL Armwrestling Challenge 2010


Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MAA) dengan kerjasama The Mall, Kuala Lumpur, dan Gustilengan.com akan mengadakan acara promosi Gusti Lengan pada 5 & 6 Jun 2010 di ruang legar, The Mall, Kuala Lumpur.

Acara ini bertujuan untuk mendedahkan orang ramai berkenaan gusti lengan dan bagi individu-individu yang ingin mencuba sukan gusti lengan.

Terdapat pelbagai hadiah untuk dimenangi pada Hari Pertandingan (Ahad, 6 Jun 2010) dan pertandingan terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara, berumur 18 tahun dan keatas.

Hadiah-hadiah adalah tajaan Gustilengan.com (www.gustilengan.com), Portal Gusti Lengan Terunggul di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-6600288

Sunday, May 16, 2010

Keputusan Selangor Open Nationals Invitational Championship 2010 – Leg 1

Meskipun tidak ramai yang menyertai Kejuaraan Selangor Open yang telah diadakan di Pusat Beli-belah Klang Parade, pada 9 Mei 2010, namun nilai kesukanan yang tinggi yang dipamerkan oleh para peserta, berjaya menarik minat para pengunjung di Klang Parade. Kejohanan kali ini adalah anjuran bersama Kang Bao Marketing Sdn Bhd (www.viviku.com.my) dan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS).

Turut dijemput sebagai Pengadil Utama, En. Mohamad Bin Mydin, Presiden Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MAA).

Berikut keputusan penuh Selangor Open Nationals Invitational Championship 2010:

Kategori A: Lelaki 95kg ke atas

1. Lee Tiam Siew (Melaka)
2. Ishak Mat (Kedah)
3. Azmi Hassan (Johor)

Kategori B: Lelaki 75-85kg

1. Zawawi Hussin (Johor)
2. Dharma Shaifulnizam (Kedah)
3. Ku Ruhaizad bin Ku Rubi (Perlis)

Kategori C: Lelaki 85 ke bawah

1. Ku Rashid bin Ku Rubi (Perlis)
2. Azmi Hussin (Johor)
3. Muhamad Nizar bin Yusuf (Selangor)


———————————– Klip FINALS Selangor Open Invitational 2010 ———————————–


Men’s 95kg & above
Lee Tiam Siew (Melaka) VS Ishak Mat (Kedah)

————————————————————————————————–

Men’s 85-95kg Category
Zawawi Husin (Melaka) VS Dharma Shaifulnizam (Kedah)

————————————————————————————————–

Men’s 75kg & below
Ku Rashid (Perlis) VS Azmi Husin (Johor)

————————————————————————————————–

Untuk memiliki DVD Kejohanan Selangor Open Invitationals, sila hubungi:

Shahril: 012-6600288 – Lembah Klang | Email: shahril@gustilengan.com

Mohd Ihsan: 012-4001035 – Utara Malaysia | Email: otaibob@gustilengan.com



 
Powered by Blogger